misspchocof
Asalamualaikum para blogger..



Coretan si pencinta kopi + coklat…….


Hari ini merupakan hari yang terakhir aku dan Lya bekerja disini.. Hari ini juga merupakan hari yang terakhir untuk kami memegang Title sebagai Tukang Cuci atau lebih dikenali sebagai Cleaner.. terlalu banyak peristiwa pahit & manis, suka & duka sepanjang kami bekerja disini.. J tanpa kami sedari sudah 3 bulan kami menjadi Cleaner..sungguh..banyak yang aku pelajari disini..sungguh,aku terasa seperti baru sahaja kami ditemuramah oleh Cik K.. hari itu juga merupakan buat kali pertamanya dalam hidup aku,aku menjalani proses ditemuramah.. haha.. dan yang paling kami tidak menyangka ketegasan Cik K rupanya sifat peramah dan keibuannya terserlah setelah kami lama bekerja disini..tidak hairanlah semua berada disini amat menyenangi perwatakannya..


Bekerja disini umpama sebuah kehidupan masyarakat yang sebenar..kadang-kadang terasa seperti sebuah drama..ada pelakonnya, hah, ada watak yang berbeza-beza..yelah…macam dalam drama..pasti akan ada watak baik sebagai penyedap cerita,dan watak jahat yang menjadi perencah bagi sesebuah cerita itu.. sejak bekerja disini, aku mulai belajar bagaimana pandangan orang lain terhadap orang yang lebih bawah dari mereka.. aku tidak berniat untuk mengutuk atau berkata buruk mengenai hal orang lain..tapi kami sendiri yang mengalami dan merasainya.. betapa bekerja disini telah membuka fikiran kami manjadikan kami bersikap lebih matang dalam hidup..  bagi aku..apalah sangat pandangan orang terhadap kita.. asalkan Allah tahu niat kami yang sebenar adalah untuk mencari rezeki…mengumpulkan duit untuk masa hadapan..Alhamdulillah..Allah sentiasa memberi peringatan kepada kami…


Ternyata bekerja sebagai seorang Cleaner ini banyak cubaan dan dugaannya..tapi,yang manisnya aku dapat berkenalan dengan manusia yang baik-baik.. yang paling aku hargai ialah seorang ibu tunggal yang kami panggil dgn panggilan Mak, beserta 3 orang anaknya… kak Mia, tua setahun dari kami dan abang Jojoy lg seorang kami gelar abang Hafiz.. :D sebab dye suke sangat melalak menyanyi lagu Awan Nano by Hafiz Af .. haha.. ada satu ketika aku sangat marah dan hampir membaling kerusi kearahnya pabila beliau menjerit betul2 disebelah telinga aku.. ==’ agak bengang jugaklah..dah la terkejut, kuat pulak tu suaranya.. haha.. kami umpama sebuah keluarga..bila gaji tak naik lagi dan kami terpaksa menahan lapar, mak akan suruh kami makan dulu…bila dah ada gaji nanti barulah kami perlu membayarnya.. bila terkenangkan semua tu,aku berasa berat hati untuk meninggalkan tempat ini..

oh ya, siapa cakap xde kenangan pahit kat sini?? dan kenangan pahit ini biarlah tersimpan menjadi rahsia antara aku dan alia.. biarlah hanya Allah yang Maha Adil menentukan segala-galanya..


Sampai disini coretanku buat hari ini..selepas ini aku akan mula bekerja di syarikat ibu saudaraku pula.. segala kenangan pahit dan manis akan menjadi sebuah moment yang terindah buatku.. Alhamdulillah kerana Allah telah memberi aku peluang menjalani kehidupan didunia ini.. dan juga member ku semangat untuk menjadi seorang hamba Allah yang bersyukur atas kurnia dan limpah rahmatnya.. 

          
0 Responses

Post a Comment