Asalamualaikum para blogger..


Coretan si pencinta kopi + coklat…….


Mari berkongsi petua…
Saya selalu tanye pada opah petua2 orang dulu-dulu.. ada juga berkongsi dengan rakan-rakan, dan ada juga diambil dari buku..semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama..insyallah..segala kesakitan & kesembuhan adalah datang dari Allah..kita hanya berusaha..insyallah ^_^

PETUA BERHENTI MEROKOK
Makanlah 5 biji buah pelaga dan 2 biji bunga cengkih. Insyallah berserta semangat yang gigih, tabiat merokok anda dapat dihilangkan sedikit demi sedikit.

PETUA MENGHILANGKAN BENGKAK AKIBAT TERJATUH/TERHANTUK
Ambil sedikit akar @ kulit pokok sepang. Campurkan dengan kapur sirih dan sapukan ditempat ditempat yang bengkak.

PETUA DIGIGIT BINTANG BERBISA

sapukan tempat yg sakit itu dengan perahan tembakau @ asam jawa. insyallah bisanya menjadi tawar.

PETUA TELINGA BERNANAH/BERAIR
ambillah sebatang akar pokok pinang bersama 3 ulas bawang putih. bahan-bahan ini hendaklah ditumbuk dengan lumat lalu dicampur sedikit minyak lenga. masak bahan tadi sehingga mendidih dan dibiarkan sejuk. dengan menggunakan kapas,titiskan ia kedalam telinga dan lakukan berulang kali sehingga sembuh. insyallah..^^

PETUA MENGHILANGKAN MULUT BERBAU
ambil 10 ulas bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih dan ditumbuk lumat. gosokkan bahan2 ini pada gigi dan kumur. lakukan sebanyak 3 kali sehari.

PETUA MENGHILANGKAN NAFAS BERBAU
amalkan memakan hampas kelapa yang telah digoreng tanpa minyak dan minum air suam. lakukan setiap pagi & malam selama 3 hari @ 3kali sehari.

TERTELAN OBJEK KERAS
segera makan buah betik yang telah masak dengan banyak. Insyallah akan keluar bersama najis.

MEWANGIKAN RAMBUT
hiris beberapa biji buah limau nipis lalu digosokkan ke seluruh kepala dan biarkan untuk beberapa minit. selepas itu,bilaslah dengan air bersih. ia juga dapat menyejukkan kepala serta menghilangkan rasa pening.

MENGHILANGKAN GETAH PISANG DARI PAKAIAN
ambil sedikit kapur sirih dan sapukan rata-rata pada pakaian yang terkena getah.