Asalamualaikum para blogger..
Coretan si pencinta kopi + coklat…….♥
Bismillahirahmannirrahimm..
Hai
blogger.. Apa Khabar? sihat? Alhamdulillah… Apa Khabar Iman kita hari ini?
Tepuk dada, tanyalah iman ^_^ Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin-Nya
kita masih diberi kesempatan untuk bernafas.. itu tandanya, Allah nak beri kite
peluang untuk bertaubat.. Allah sayangkan kita tau.. percayalah.. sebab.. Allah
takkan biarkan kita mati sebelum sempat bertaubat.. Allahu Akbar.. tidak dapat
aku bayangkan bagaimana nanti sekiranya aku dan muslimin muslimat yang lain
tidak sempat sujud sebelum bertemu Allah.. atau.. mampukah aku.. layakkah aku?
Menemui Allah.. Astaghfirullahalazim.. :’( Semoga Allah mengampunkan
dosa-dosaku yg dulu, sekarang dan akan datang.. Insyallah..
Kehidupan aku..
walau tak seindah kehidupan remaja yang lain.. maksud aku… aku tidak mempunyai
complete family cam orang lain.. yang hidup mereka sentiasa dipenuhi dengan
kasih dan sayang ibu dan ayah mereka.. limpahan kemewahan, dan harta yang
melimpah-ruah. Meskipun begitu, aku tetap berssyukur.. kerana ada manusia yang
lebih kurang bernasib baik berbanding aku.. sekurang-kurangnya aku masih
mempunyai ibu dan ayah walaupun bertemu hanya beberapa kali dalam setahun..
"Ya
Allah, haramkan wajah ibu dan ayahku dari disambar oleh api neraka. Kurniakan
buat mereka syurga tanpa hisab." Amin Ya Allah.
Aku sayang ibu dan bapaku.. aku sayang keluarga yang aku ada sekarang..
mungkin ini yang terbaik yang Allah tentukan buatku.. mungkin ada hikmah yang
tersendiri yang aku tak tahu disebaliknya… sungguh.. bohong kalau aku cakap aku
tak rindu mak dan abah.. tiada seorang anak pun didunia ini yang tidak mahu
bersama dengan ibu dan ayah mereka… dan tidak ada seorang pun ibu dan bapa
didunia ini yang sanggup berpisah dengan anak-anak mereka.. sungguh baik atau
buruknya ibu bapa kita, mereka adalah manusia yang telah melahirkan dan
bersusah-payah untuk kita..
Manusia.. penuh dengan persepsi..
Mungkin dahulu aku agak berperangai
kurang sopan, dari segi cara percakapan, cara berjalan.. dan macam2 lagi.. dan
semua itu dikaitakan dengan nasib aku selama hari ini.. “no wonder lah dy jadik
camtu.. biaselah.. mak bapak dye kan…” “dah macam minah pengkid dah aku tengok
budak uh..” satu yang aku nak ingatkan pada semua dan pada diri aku sendiri
juagk.. jangan terlalu cepat menilai seseorang.. sedangkan kita tak tahu
martabat dy dimata Allah.. mungkin martabatnya disisi Tuhan lebih tinggi
berbanding kita.. =) sekian entry buat kali ini.. sedikit luahan rasa dari hati
seorang gadis biasa yang tidak pernah terlepas dari kesilapan dan dosa..
Post a Comment