Asalamualaikum blogger
^_^..
Alhamdulillah..
sesungguhnya aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-NYA aku masih
dapat bernafas dimuka bumi ini, masih dapat makan, masih dapat berjalan, masih
dapat menjalani kehidupan dengan indah.. walau kehidupan ini penuh dengan
cabaran, akan ku hadapinya dengan tabah.. Insyallah.. =)
Tajuk kali ini
merupakan flashback waktu aku kecik.. memandangkan aku ni bukan jenis yang “pengingat”
dan mudah sangat2 lupa.. aku harap, dengan entry ini, bila aku baca balik
nanti.. aku akan terus ingat.. entah macamana, hati aku semalam tergerak nak
search bluehippo.. malam tadi aku bermimpi.. sesuatu yang pernah berlaku dulu..
entahlah.. Cuma.. aku rasa.. ianya bukan hanya sekadar mimpi.. ianya pernah
menjadi kenyataan yang dulu.. dan pagi tadi kepala aku mulai sakit.. nak
mengingatkan perkara dulu.. baru aku ingat mimpi itu menceritakan sedikit kisah
lalu.. mungkin x keseluruhannya sempurna..
Suatu hari, abah
balik kampung.. seperti biasa, hanya seketika.. namun cukup menggembirakan
hatiku.. abah bagi aku patung kecil iaitu patung “bluehippo”.. sangat comel..
walaupun murah, aku tetap menghargainya.. sebenarnya aku juga ragu2.. adakah
patung, adakah kicing?? Tapi, x pelah.. itulah kenangan yang aku ingat sikit2
sampai harini.. walaupun abah jauh dariku.. namun, abah sentiasa dihatiku.. meski
aku begitu merindui abah.. aku sentiasa mendoakan abah agar tidak melupakan
aku, dan kami disini.. aku tidak pernah menyalahkan Abah tentang apa yang
terjadi.. kalau orang lain bahagia dengan keluarga yang lengkap, tinggal
bersama ibu bapa, dengan adik-beradik yang lain.. mungkin nasib aku tidak
seperti orang lain..
Aku sangat2 benci
manusia yang mempunyai ibu bapa, dan keluarga yang sempurna, namun tidak
menghargainya… mungkin mereka tidak pernah merasa kehilangan keluarga.. jadi
mereka tidak memandang serius kasih-sayang.. yang dahulunya tidak pernah ku
kenali.. aku sungguh cemburu melihat orang lain yang bahagia dengan keluarga
mereka.. kasih-sayang yang dicurahkan melimpah-ruah.. minta apa saja.. semuanya
dikabulkan.. tetapi,bila dewasa, ibubapa diabaikan.. bersikap SELFISH.. tak
pernah bersyukur dgn apa yang mereka peroleh.. sewaktu kecil,setiap hari aku
berdoa agar Allah menyatukan keluarga kami.. namun, mungkin ada hikmahnya semua
ini terjadi.. Ya Allah,semoga Engkau memberikan daku hambaMu yang lemah dan
hina ini ketenangan serta sentiasa berada dijalanMu… hindarkanlah aku dari
perasaan putus asa.. hindarkanlah aku dari perasaan iri.. dekatkanlah jiwaku
padaMu.. agar aku sentiasa tenang menghadapi hari-hariMu yang penuh dengan
cubaan ini.. Insyallah … Amin ya rabbal alamin..
Post a Comment