misspchocof

Asalamualaikum para blogger..

Coretan si pencinta kopi + coklat…….

Bismillahirahmannirrahimm..
Hello blogger yg molek2 belaka.. Apa Khabar Iman kita hari ini? Tepuk dada, tanyalah iman.. jangan Tanya pada selera.. kerana selera bersandarkan pada nafsu.. Alhamdulillah… Allah masih memberi kita peluang untuk menghirup udara, dan beroksigen di muka bumiNya ini tanpa bayaran sedikit pun.. Boleh tak korang bayangkan seandainya setiap helaan nafas kita kena bayar Rm1 sekali hirup?? Masyallah.. tak terbayar rasanya kan?



JADI KENAPA TERAGAK-AGAK UNTUK BERTAUBAT??
 Harini hari pertama kakak aku bekerja.. 1st day kerja yang sebenar selepas tamat degree dalam jurusan account. Hopefully semuanya berjalan dengan lancar, insyallah.. oh ya, pagi tadi aku bangun dalam pukul 5.00 pagi tau! persoalannya kenapa? Sebab, harini buat kali pertamanya aku tumpang kakak g sekolah. Akk dah warning awal2.. pukul 6.30 dah bertolak. Yang aku, excited terlebih bangun awal pagi.. huehue.. tapi macam terlalu awal datang sekolah kan? Hoho.. XD dalam pukul 6.45 dah sampai sekolah. Ingatkan akulah orang pertama yang sampai sekolah.. rupanya ada yang lagi awal.. HAHAHA.. dan pastinya Chineese student.. ade la sorang, dua yg melayu..



Pagi ni ada bacaan yassin dekat tapak perhimpunan.. selepas bacaan yassin ada sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zul. Sempatlah jugak menyalin beberapa info yang berguna buat aku dan untuk perkongsian bersama. Tajuk hari ini ialah REMAJA CEMERLANG. Ustaz ada jugak ambil salah seorang tokoh iaitu kisah Saidina Ali yang ketika itu masih remaja/belia yang sanggup menjadi pengganti ditempat tidur Rasulullah S.A.W sewaktu malam perancangan untuk membunuh Rasulullah S.A.W. Betapa beraninya Saidina Ali Karamallahu yang sanggup menjadi pengganti tempat tidur Rasulullah sedangkan ada risiko besar yang menantinya.

ADAKAH REMAJA ZAMAN ERA GLOBALISASI INI (KITA!!) MAMPU SEBERANI & SETABAH SAIDINA ALI??

MENJADI REMAJA YANG CEMERLANG DUNIA & AKHIRAT

-Solat mestilah menepati masa dan penuh.
-Taat kepada ibu bapa.
-Sentiasa mendoakan buat ibu bapa, diri sendiri, dan kesejahteraan kaum muslimin muslimat di dunia ini.
-Jadikan STUDY sebagai IBADAH.
-Contohi Sifat RASULULLAH.
-Amalkan SUNNAH Nabi.
-Menghindari diri dari unsur2 kearah perzinaan & maksiat.

Amacam?? Leh try dalam kehidupan sehari-hari kita nanti.. ^_^

TAHUKAH KORANG???

-75% punca gejala keruntuhan akhlak di Malaysia berpunca dari LELAKI!!

-Daripada 100 pasangan yg di temubual, pasangan yang terfikir untuk melakukan perkara (kearah perzinaan terhadap pasangannya) bermula dari LELAKI!!

-Dunia ibarat NERAKA bagi orang yang beriman.. =)

Sekian saja entry dari aku kali ini.. insyallah, segala ilmu yang bermanfaat, segala perkara yang baik datangnya dari Allah.. yang buruk adalah kekhilafan sy sendiri.. harap korang dapat menegur seandainya ada salah dan silap dimana-mana.. Trimas,Syukran,Arigato sebab sudi membaca entry ini.. bye2.. ^_^ 

0 Responses

Post a Comment