misspchocof


Asalamualaikum para blogger..


Coretan si pencinta kopi + coklat…….

Bismillahirahmannirrahimm..
Hai blogger.. sihat? Aku Alhamdulillah… sihat.. masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi Allah ni.. kehidupan berjalan seperti biasa.. setiap hari penuh dengan kesibukan yang memanjang.. untuk sem 2 ni.. PBS teramatlah banyak.. sampai aku rase tak terbuat dah.. dengan homework lagi.. hmm.. sap e ta penat kan? Tp, kehidupan aku setiap hari masih macam dulu.. kadang2 datang sekolah dengan muka yang sedih.. kadang2 gembira.. lumrah lah tu.. semoga Allah memberi ketabahan terhadap diriku yang sentiasa menagih cinta dan kasih-sayang dari Nya..

Oh ya, hari ini sepatutnya kami nak sertai ceramah dekat sekolah.. tau tak siapa?? Mestilah ta tau an? Ni yang na kasi tau ni.. hehe.. Ustaz Kazim Elyas lah.. !! >,< hikhik.. cambest kan? Mmm.. mestilah best.. aku peminat setia Ustaz Kazim tau.. Ustaz Kazim nombo 3 selepas Ustaz Azhar Idrus dalam Carta Tokoh yang aku sanjungi.. kenapa nombo 3?? Emm, maaflah ye buat peminat Ustaz Kazim.. tapi.. tempat kedua diambil oleh Dr. Daniel.. tak kenal? Tipu la tak kenal.. ==’ ok,ok… aku teruskn.. nt melalut takde ape yg dapat disampaikan..

Ok, bagi korang yang baca entry aku malam tadi… hehe.. mesti tertanya2 kan?kan? camni.. aku tak jadi pegi ceramah by Ustaz Kazim Elyas tu sebab, Cikgu Amnah nak bawak aku, Syakilla, & Syuhada pegi join rakan ISMA & PEMBINA.. pukul 8.00 pagi dah bertolak dari sekolah dibawa oleh cikgu amnah dengan kete besaq beliau tu.. ^^ kami pun menuju ke IPOH..
sahabat-sahabat usrah.. :) syakilla & syuhada

Sampai disana, Cikgu Amna belanja kami makan kuih-muih memandangkan hari pun masih pagi.. dalam pukul 8.30 pagi kami sampai.. (agak2 jer sebab dah lupe) rupa2nya cikgu amnah tersilap.. start dalam pukul 9.00 pagi gitu.. alah, takpelah.. lagi bagus sampai awal2… ye tak?? hihi.. ape yang best kat sini, setiap kakak2 atau makcik2 yang lalu semuanya akan senyum kat kami.. padahal tak kenal pun lagi kan?? ^_^ bagusnye.. yang lagi bagus.. ada yang datang kat kami dan terus peluk pastu cium pipi kanan & kiri, ala… yang selalu korang buat kalau jumpe kawan2 lame tu.. huhu.. comel jer dorang nih.. oh ya, dorang kat sini, pakaian.. makkk aiii… ehhh…. Silapp.. masyallah… sopan sangat2.. >,< Nampak comel sangat.. dengan tudnung labuh, ada yang pakai jubah.. tapi kat sini semuanya menutup aurat dengan sempurna.. dahlah tak sombong.. cume kami agak segan dengan mereka.. betapa eratnya ukhwah yang mereka jalinkan disini..

Yelah.. tiap kali berjumpa, semuanya peluk cium, salam semua… cantiknya.. indahnya.. bagaikan satu keluarga.. disini semuanya perempuan.. berbilang umur.. yelah, program ISMA ni memang untuk perempuan sahaja.. so, lepas tu kami dengar ceramah dan diberi penerangan tentang ISMA.. dan,mendapat pengisian ilmu2 yang bermanfaat.. Alhamdulillah.. Allah begitu menyayangi hamba2nya yang mahu berhijrah kejalan Nya.. dan aku, adalah salah seorang dari mereka..
ahli panel yang memberi ucapan dan sedikit ceramah yg membuka mata kami.. :)

Berada disini sungguh membuat diriku merasa begitu kerdil sekali.. kerana.. disini ada yang terdiri dari anak-anak Ustaz & Ustazah.. sedangkan aku.. siapalah… pendidikan pun jauh berbeza.. ada yang dari IPG (kalau tak silaplah.. Institut Perguruan) ada yang dari matrik.. dari sekolah agama.. sedangkan aku.. hanyalah biasa2… Ya Allah.,.. terasa begitu kecil dipandangan mereka.. tapi.. biarlah.. Allah tidak menilai sejauhmana kekurangan kita, tapi Allah melihat sejauhmana kita berusaha untuk memperbaiki kekurangan kita tu..kan?
aku dan syakilla yang dahulunya tak serapat ini..


Cukup saja sampai disini aku membebel buat hari ini.. Insyallah.. kita akan bertemu lagi nanti Insyallah di entry akan datang.. pesan aku pada diri sendiri.. jangan berasa angkuh pada kejayaan dan kelebihan yang kita ada tanpa ada perasaan sedikitpun untuk membuatkan orang lain berjaya seperti kita.. tariklah orang yang pernah terjatuh agar bangun dan terus berjuang bersama-sama dengan kita.. Kerana, setiap perkara baik yang kita lakukan pasti mendapat balasan baik yang diberikan sebagai ganjaran oleh Allah.. dan begitulah sebaiknya.. HIJRAH ITU PASTI!! Insyallah..

barang-barang syakilla yang berwarna pink.. semua barang dy warna pink.. XD


0 Responses

Post a Comment